suria

Kualiti udara di Lembah Klang merosot

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di beberapa kawasan Lembah Klang kembali merosot apabila banyak tempat mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana dengan bacaan melebihi 70.

Sehingga pukul 11 pagi ini Jabatan Alam Sekitar (JAs) melalui laman webnya melaporkan antara kawasan di Lembah Klang yang menunjukkan IPU sederhana termasuklah Country Heights, Kajang (82), Pelabuhan Klang (99), Shah Alam (82), Petaling Jaya (80), Kuala Selangor (93) manakala kawasan Batu Muda dan Cheras masing-masing merekodkan bacaan IPU 81 sementara Putrajaya pula 77.

Menurut laporan JAS lagi, daripada 48 kawasan yang dipantau, 40 kawasan (83 peratus) mencatat bacaan IPU sederhana manakala lapan lagi (16 peratus) menunjukkan IPU baik.

Selain kawasan di Lembah Klang, kawasan lain yang turut mencatat IPU sederhana termasuk di Muar (76) dan Pasir Gudang (73), Johor; Bakar Arang, Sungai Petani (63) dan Alor Setar (66) di Kedah; Port Dickson (68), Nilai (77) dan Seremban (71) di Negeri Sembilan; Seri Manjung (70) dan Tanjung Malim (65) di Perak; dan Seberang Jaya 2, Perai, Pulau Pinang (74).

Lapan kawasan yang mencatat bacaan IPU baik pula termasuklah di Sabah Tawau (47), Sandakan (36), Kota Kinabalu (40); di Sarawak Sarikei (43), Sri Aman (42), Limbang (38) dan Kuching (47).

Klasifikasi bacaan IPU ialah seperti berikut: 050 (baik), 51100 (sederhana), 101200 (tidak sihat), 201300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain