suria

Mahkamah benar ketua Hindraf dapatkan semula pasport

Pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar menunjukkan pasport yang berjaya diperolehinya semula apabila Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dua tahun lalu yang membenarkan pasportnya ditahan.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pagi tadi membenarkan permohonan pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar untuk mendapatkan semula pasport manakala wang jaminan pula dikurangkan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Zainal Azman Ab. Aziz mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dua tahun lalu yang membenarkan pasportnya ditahan.

Mahkamah Tinggi membenarkan wang jaminan ke atas Uthayakumar, yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 514 hari ini, dikurangkan daripada RM50,000 kepada RM10,000.

Dia dibebaskan Mei lalu.

Uthayakumar, 48, menghadapi tuduhan menyiarkan surat bersifat hasutan yang ditujukan kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown dalam laman webnya, Police Watch pada 11 Disember 2007.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Menara Mutiara Bangsar antara 15 November dan 8 Disember 2007.

Pada 18 Mei lalu, Uthayakumar memfailkan permohonan agak keputusan Mahkamah Sesyen dikaji semula bagi membolehkannya pergi ke luar negara mendapatkan rawatan manakala wang jaminan dikurangkan.

Artikel Berikut

Artikel Lain