PPSMI: GMP sifatkan "selera rakyat" diterima kerajaan - Semasa | mStar

PPSMI: GMP sifatkan "selera rakyat" diterima kerajaan

PETALING JAYA: Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menyifatkan pihak kerajaan memahami "selera rakyat" apabila mengambil langkah memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berkuat kuasa 2012.

Pengerusi jawatankuasa induk GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata, pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan itu dengan hati yang terbuka kerana matlamat yang diperjuangkan pertubuhan itu akahirnya menjadi kenyataan.

"Bagus... bagus langkah kerajaan ini. Nampaknya kerajaan mengikut selera rakyat yang mahukan PPSMI ini dihapuskan," katanya kepada mStar Online, semalam.

Semalam, kerajaan mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuat kuasa pada 2012.

Malah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Ditanya pandangannya sama ada langkah kerajaan menetapkan tahun 2012 untuk menguatkuasakan pemansuhan itu memakan masa terlalu lama, Hassan berkata, beliau bersetuju sepenuhnya tindakan kerajaan itu.

"Kita tak perlu terbu-buru, apa yang kita inginkan ialagh agar PPSMI dimansuhkan... sekarang ia telah pun dimansuhkan.

"Janganlah tergesa-gesa kerana ada banyak benda yang perlu diselesaikan sebelum ia boleh dilaksanakan sepenuhnya.

"Kita faham masalah dari segi buku teks, nasib pelaja-pelajar yang sudah pun mengikuti kohort PPSMI dan banyak perkara lagi... kita faham," katanya.

Dalam pada itu ditanya mengenai nasib GMP selepas ini apabila PPSMI telah dimansuhkan, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat mereka akan datang.

"Kita tahu selepas ini GMP sudah tidak relevan lagi, justeru ada pihak yang cadangkan supaya jangan dimansuhkan GMP seperti PPSMI.

"Mereka cadangkan supaya GMP ditukar nama dan fungsinya ialah untuk memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

"Namun kita belum tahu lagi kedudukan sebenarnya, nanti kita akan bincangkan," katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini