suria

Tiga remaja lolos lokap JKM diburu

KUALA TERENGGANU: Polis sedang mengesan tiga daripada tujuh remaja lelaki yang meloloskan diri dari lokap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Rusila, Marang awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supt K.Manoharan berkata empat daripada mereka berjaya ditahan semula dalam operasi antara pukul 8.50 pagi dan 12.30 tengah hari semalam, ketika bersembunyi di satu kawasan di Kampung Mak Kemas, Bukit Payong dekat Marang.

Beliau berkata kejadian berlaku semasa seorang pembantu JKM hendak memindahkan seorang remaja yang ditahan di sebuah lokap besar ke lokap yang kecil kerana didakwa dipukul remaja lain.

"Semasa membuka pintu lokap berkenaan, pembantu JKM itu bersama seorang pengawal dirempuh oleh remajaremaja terbabit yang berumur antara 15 dan 17 tahun.

"Kami mengesyaki, mereka berpurapura bergaduh semasa sendiri sebelum melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, Manoharan meminta kerjasama keluarga serta orang ramai, yang mempunyai maklumat mengenai remaja terbabit supaya melaporkannya ke balai polis berdekatan. BERNAMA

Artikel Lain