Sekolah tidak perlu ganti jika penuhi 190 hari persekolahan - Semasa | mStar

Sekolah tidak perlu ganti jika penuhi 190 hari persekolahan

KUALA LUMPUR: Empat sekolah yang ditutup ekoran wabak Influenza A(H1N1) tidak perlu menggantikan waktu persekolahan mereka sekiranya jumlah minimum 190 hari persekolahan telah dicapai.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata sekolah terbabit perlu menyemak jumlah hari persekolahan mereka dan perlu menggantikannya sekiranya tidak mencapai jumlah tersebut yang telah ditetapkan oleh kementerian.

"Bagi sekolah yang telah melebihi 190 hari persekolahan, (tiada masalah) jika masih berhasrat untuk menggantikannya. Maka terpulang kepada pihak pengurusan sekolah untuk berbuat demikian atau sebaliknya.

"Jadi dalam perkara ini (penutupan sekolah), tidak timbul pelajar yang dikuarantin tidak mempunyai peluang untuk belajar kerana pihak sekolah akan atur dan uruskan segalanya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Sehingga hari ini, empat sekolah iaitu Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka, Cheras, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 1 dan SRK Assunta 2 di Petaling Jaya dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur diarah ditutup selama seminggu berikutan penularan influenza di kalangan murid dan pelajarnya. Mengenai langkah mewajibkan pelajar dan guru memakai topeng sebagai persediaan bagi mengelak penyakit itu daripada merebak, Wee berkata Kementerian Kesihatan masih mengkaji perkara tersebut dengan mendalam sama ada mewajibkan pemakaian topeng atau sebaliknya.

"Terpulang kepada Kementerian Kesihatan, jika mereka mewajibkannya maka pihak kita akan mematuhinya. Bagaimanapun "jika ada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mengambil inisiatif menyediakan topeng kepada pelajar, kita alu-alukan dan tidak akan menghalang mereka.

"Dasar Kementerian Pelajaran dalam perkara ini adalah terbuka dan telus, kita tidak akan ketepikan mana-mana pendapat baik demi keselamatan para pelajar dan guru," katanya. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain