suria

Mayat lelaki ditemui dalam belukar

BATU GAJAH: Mayat seorang lelaki dengan separuh badannya masih terbakar dan keduadua tangannya diikat ke belakang di temui di kawasan belukar, Kampung Changkat Piatu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Najib Mohamad berkata mayat lelaki yang tidak berpakaian itu ditemui penduduk kampung berkenaan pada kirakira pukul 11 pagi.

Identiti lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20an itu belum di kenalpasti dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui berhampiran mayatnya, katanya kepada pemberita di sini.

Najib berkata siasatan awal polis mendapati lelaki itu turut mengalami kecederaan di kepala dan leher, dipercayai dipukul dengan objek tajam.

"Polis percaya mangsa diserang lebih daripada seorang sebelum mayatnya di campak di kawasan itu yang terletak berhampiran dengan kubur lama Kampung Changkat Piatu," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Batu Gajah melalui nombor telefon 05-3662222 atau manamana balai polis untuk membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Lain