suria

H1N1: Cempaka International School ditutup seminggu

KUALA LUMPUR: Satu lagi sekolah - Cempaka International School di Cheras dekat sini ditutup selama seminggu ekoran dua pelajarnya dijangkiti influenza A (H1N1).

Salah seorang pelajarnya dijangkiti influenza A (H1N1) peringkat tempatan manakala seorang lagi melibatkan jangkitan diimport.

Mereka sebahagian daripada 10 kes baru disahkan hari ini termasuk dua kes jangkitan tempatan.

Dengan perkembangan itu sebanyak 69 kes telah disahkan di negara ini setakat ini.

Sebelum ini SJK (Cina) Jalan Davindson dan SRK Assunta 2 juga ditutup. Kedua-duanya ditutup sehingga Jumaat dan Sabtu ini.

Tiga sekolah lain iaitu SMK Seksyen 9 Shah Alam, SMK Damansara Utama, Petaling Jaya dan SM Wangsa Maju ditutup satu kelas sahaja.

Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen pagi tadi, Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata, sekolah itu akan ditutup selama seminggu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain