suria

Kementerian Wanita ucap takziah kepada keluarga Datuk Ruby Lee

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang bekas Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Datuk Ruby Lee, 82, yang meninggal dunia kelmarin.

Kementerian itu dalam satu kenyataan semalam berkata kehilangan Lee amat besar bagi sektor pertubuhan bukan kerajaan terutama dalam bidang kebajikan kesukarelaan.

"Sumbangan dan khidmat bakti mendiang melalui penglibatan dalam bidang kebajikan dan kesukarelaan khususnya PBSM sebagai

setiausaha agung selama 31 tahun amat memberi makna dan meninggalkan impak yang sangat besar kepada negara," kata kenyataan itu. BERNAMA

Artikel Lain