Umno dan PAS perlu ikhlas bincang pembentukan kerajaan perpaduan - Muhkriz - Semasa | mStar

Umno dan PAS perlu ikhlas bincang pembentukan kerajaan perpaduan - Muhkriz

JERLUN: Pembentukan kerajaan perpaduan mampu memulihkan ekonomi negara sekiranya dibincangkan dengan ikhlas dan penuh toleransi oleh Umno dan PAS, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata beliau yang berkhidmat di bawah kementerian berkenaan sedar bahawa kriteria kestabilan politik penting untuk menarik minat pelabur asing ke negara ini.

"Kebelakangan ini kita dilihat tak ubah seperti negara jiran di utara dan selatan kerana kita selalu tuduh menuduh dalam politik serta membangkitkan isu remeh temeh, kelebihan kita tak wujud lagi ..ramai pelabur beralih melabur ke Laos dan Vietnam dan negara lain, ini merugikan kita.

"Itu sebabnya kerajaan perpaduan kalau dibincangkan secara ikhlas oleh semua pihak maka ia boleh membantu pertumbuhan ekonomi dan semua orang dapat hidup senang walaupun dalam krisis ekonomi dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis bersama industri Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini yang dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno yang dicadangkannya sebelum ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya.

Mukhriz berkata sekiranya Ummo dan PAS dapat bekerjasama mewujudkan kerajaan perpaduan, perihal kaum selain Melayu akan disisihkan tidak mungkin berlaku.

"Itu tak akan terjadi...dari dulu lagi sebelum merdeka kita dah mengamalkan pendekatan toleransi kepada semua warganegara, jadi jangan pertikaikan dengan penggabungan politik Melayu ini akan memudaratkan kaum lain," kata beliau. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain