Stadium runtuh: NIOSH gesa kerajaan tubuh suruhanjaya siasatan - Semasa | mStar

Stadium runtuh: NIOSH gesa kerajaan tubuh suruhanjaya siasatan

KUALA LUMPUR: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) hari ini menggesa kerajaan supaya menubuhkan satu suruhanjaya siasatan bagi menyiasat kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu yang runtuh semalam.

Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata kejadian 9 pagi itu terlalu serius untuk dijalankan siasatan biasa dan ia juga memberi kesan serius kepada keyakinan orang ramai terhadap industri pembinaan.

"Ia memerlukan siasatan menyeluruh, teliti dan bebas dan oleh itu, satu suruhanjaya di bawah Akta Siasatan diperlukan untuk mengesan punca sebenar kejadian yang tragik dan memeranjatkan itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Lee berkata suruhanjaya itu dapat menentukan siapa yang bertanggungjawab untuk didakwa berikutan insiden itu.

"Perkara ini mesti ditangani secara serius oleh pihak-pihak berkaitan," katanya sambil menambah nasib baik, tiada sesiapa yang cedera dalam insiden itu.

Stadium itu merupakan sebahagian daripada kompleks Sukan Gong Badak, yang dibina pada asalnya melibatkan kos RM250 juta tetapi kos meningkat RM50 juta berikutan peningkatan harga barangan pembinaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain