suria

Pelan induk Pulau Pinang siap akhir tahun

PULAU PINANG: Pelan induk untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar raya bertaraf antarabangsa akan siap akhir tahun ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata, pelan perancangan itu bertujuan membentuk Pulau Pinang sebagai negeri yang mapan dari segi pentadbiran, ekonomi, kependudukan dan alam sekitar.

"Penstrukturan semula Pulau Pinang mesti dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan tahap pendapatan dan kuasa beli rakyat," katanya semasa merasmikan Forum Pandangan Pulau Pinang hari ini. BERNAMA

Artikel Lain