Kayveas anggap laporan sengaja untuk jatuhkannya - Semasa | mStar

Kayveas anggap laporan sengaja untuk jatuhkannya

KOTA BHARU: Senator Datuk M Kayveas mendakwa tindakan satu kumpulan anggota Parti Progresif Penduduk (PPP) yang membuat aduan mengenainya kepada Pendaftar Pertubuhan Jumaat, sebenarnya sengaja dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan beliau.

Katanya kes berkaitan beliau dan Majlis Peguam tiada kena-mengena dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Kumpulan itu dalam aduan mereka hari ini berkata Kayveas pernah didenda RM5,000 oleh Majlis Peguam pada 17 Mac 2005 kerana kesalahan mengikut Seksyen 10D Akta Penjawat Undang-Undang 1976, sekaligus menjadikan dia tidak layak memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu pertubuhan berdaftar.

"Kes dengan Majlis Peguam dan denda RM5,000 itu masih belum dimuktamadkan lagi kerana saya sudah buat rayuan, dan mereka yang membuat laporan (aduan) ini tidak tahu apa kes ini sebenarnya, mereka hanya mengganggu parti," kata Kayveas kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen PPP Peringkat Negeri Kelantan di sini semalam.

Menurutnya beliau terpaksa menerima sahaja cubaan untuk menjatuhkannya yang dilakukan oleh pihak tertentu, yang pada pandangannya sedang mencuba untuk merampas kuasa.

"Saya terima sajalah apa yang mereka cuba nak buat, mungkin ada yang suka tengok saya macam ini dan mungkin juga saya tidak sepintar mana di dalam politik," katanya.

Kemelut PPP meruncing apabila Senator Datuk T.Murugiah, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang sebelum ini dipecat sebagai anggota Majlis Tertinggi parti, "dipilih" sebagai presiden baru parti itu menggantikan Kayveas pada satu mesyuarat tergempar yang dipersoalkan kesahihannya, di Putrajaya Ahad lepas.

Pada masa yang sama, Kayveas mempertahankan bahawa beliau masih presiden PPP yang sah, jawatan yang disandangnya sejak 1993, dan menyelar tindakan Murugiah mengadakan mesyuarat tergempar itu tanpa mendapatkan kelulusan Majlis Tertinggi parti.

Perkara itu kini disiasat Pendaftar Pertubuhan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terlebih dahulu akan memeriksa status PPP dengan Pendaftar Pertubuhan sebelum menentukan sama ada beliau perlu menghadiri perasmian Mesyuarat Agung parti komponen Barisan Nasional itu nanti. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kayveas: Saya tak gila kuasa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain