Permohonan Herald tangguh perintah larangan guna 'Allah' ditolak - Semasa | mStar

Permohonan Herald tangguh perintah larangan guna 'Allah' ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan akhbar mingguan, Herald Catholic Weekly, bagi mendapatkan perintah menangguh keputusan Kementerian Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan itu.

Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar penghujahan peguam S.Selvarajah dan Porres Royan yang mewakili pemohon, ketua paderi Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam, dan Peguampeguam Kanan Persekutuan Munahyza Mustaffa dan Andi Razalijaya A.Dadi, yang mewakili Kementerian Dalam Negeri, selaku responden.

Andi Razalijaya berkata hakim membuat keputusan itu berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam bahawa adalah menjadi kesalahan bagi umat Islam dan penganut bukan Islam menerbitkan atau menyiarkan perkataan "Allah" untuk dikaitkan dengan agama selain Islam.

"Hakim berpendapat jika permohonan penangguhan itu dibenarkan, ia ibarat menyokong kesalahan yang akan dilakukan jika Herald diedar di negerinegeri lain," katanya kepada pemberita di luar kamar hakim itu.

Pada 24 April lepas, Pakiam mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri bertarikh 7 Jan 2009 bahawa permit penerbitan akhbar itu bagi tempoh 1 Jan 2009 hingga 31 Dis 2009, tertakluk kepada syarat bahawa pemohon tidak menggunakan perkataan "Allah" dalam Herald.

Dia juga dibenarkan memohon sembilan perintah termasuk mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai tidak sah dan melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam permohonannya bagi semakan undang-undang, Pakiam memohon antara lain agar ditetapkan bagi dia mempunyai hak daripada segi perlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah" dalam Herald dan bahawa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tidak membenarkan responden melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam akhbar itu.

Hakim Lau menetapkan 7 Julai ini untuk mendengar permohonan semakan undangundang itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain