suria

Pengarah syarikat jualan langsung didakwa jalankan perniagaan tanpa lesen

KOTA KINABALU: Dua pengarah sebuah syarikat perniagaan jualan langsung dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Dua pengarah Syarikat Gemilang Mirza Sdn Bhd itu, Ag Ajis Pg Mat Salleh, 30, dan Ag Binting Pg Mat Salleh @ Pg Jual, 46, yang diwakili peguam Ram Singh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Syarikat itu didakwa menerima deposit daripada orang awam antara 15 April tahun lepas dan 13 Jan tahun ini di Lot 14, Blok C, Papar Century Plaza, Papar, kira-kira 50km dari sini, tanpa lesen yang sah.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 6 (4) Akta Bank dan InstitusiInstitusi Kewangan 1989 (Akta 372) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10 juta atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.

Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad menetapkan 19 hingga 21 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hazri Haris berkata pihak pendakwaan akan memanggil 25 saksi dalam kes itu.

Sementara itu, dua pengarah syarikat itu turut dihadapkan ke satu lagi Mahkamah Sesyen di sini bagi pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah di tempat dan pada masa yang sama.

Keduadua mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Hakim Ismail Brahim membenarkan kedua-dua kes itu dibicarakan bersama.

Beliau juga membenarkan keduadua tertuduh masingmasing diikat jamin RM100, 000 dengan dua penjamin dan mengarahkan pasport antarabangsa masing-masing diserahkan kepada mahkamah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain