suria

8 senjata api ditemui di Bercham, Ipoh

KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan senjata api, hampir 100 peluru M16, berpuluh-puluh kelopak peluru dan beberapa alat penyenyap bunyi senjata ditemui dalam dua buah beg di Bercham, Ipoh, Sabtu malam.

Penemuan kesemua senjata api itu dari jenis submesingan dan pistol itu ditemui dekat sebuah kilang simen berhampiran kawasan berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis sedang menyiasat kes berkenaan.

"Ini dalam siasatan...saya tidak boleh cakap apa-apa lagi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam. -BERNAMA

Artikel Lain