suria

Polis tahan peragut beg anggota tentera

ALOR SETAR: Gara-gara meragut seorang anggota tentera berhampiran polis trafik yang sedang bertugas, seorang lelaki tidak dapat 'lari jauh' apabila ditahan anggota trafik yang melihat perbuatannya itu.

Kejadian berlaku pada kirakira pukul 2 petang semalam di Sungai Petani, dekat sini ketika anggota tentera berkenaan sedang memakir motosikalnya.

Lelaki terbabit merentap beg anggota tentera itu yang diletakkan di raga motosikalnya, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali.

Beliau berkata kejadian itu disedari seorang anggota trafik yang sedang bertugas lalu bertindak mengejar lelaki terbabit.

"Anggota trafik itu berjaya menahan suspek selepas motosikalnya terbabas," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hashim berkata lelaki berusia 20an yang dipercayai penagih dadah itu, kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Lain