Kementerian kaji hadkan jumlah mata pelajaran SPM - Semasa | mStar

Kementerian kaji hadkan jumlah mata pelajaran SPM

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mungkin akan mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis.

Ini bagi memastikan keadilan dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, katanya.

"Patut diselaraskan jumlah mata pelajaran yang setiap pelajar boleh ambil...kenapa mereka perlu ambil 20 mata pelajaran sedangkan ada yang tidak diajar di sekolah dan hanya belajar di kelas tuisyen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Puteri Umno di pejabatnya di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sistem sedia ada dalam pemberian biasiswa berdasarkan jumlah A yang diperoleh pelajar patut diubah.

Sebagai contoh, katanya pelajar yang mendapat 14A akan mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapat biasiswa tetapi ini adalah tidak adil kepada mereka yang hanya dibenarkan mengambil sembilan mata pelajaran walaupun mereka mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.

"Pastinya, pelajar di sekolah berasrama penuh yang hanya dibenarkan mengambil sembilan atau 10 mata pelajaran tidak dapat bersaing dengan mereka yang memperoleh lebih banyak keputusan A," katanya.

Muhyiddin berkata beliau tidak mempertikaikan mereka yang memperoleh banyak A tetapi keadaan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar yang hanya dibenarkan mengambil jumlah mata pelajaran tertentu.

Katanya perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak paad 25 Mei. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain