suria

Pelajar lepasan politeknik dijumpai mati berlumuran darah

KULIM: Seorang pelajar lepasan politeknik dijumpai mati berlumuran darah dipercayai dibunuh di rumahnya di Taman Perak, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh berkata mangsa yang dikenali sebagai Norbahirah Ishak, 22, dilaporkan bersendirian ketika kejadian kerana ibu tiri, abang dan adiknya telah keluar bekerja.

"Jiranjiran memberitahu bahawa sebelum mereka menemui mayat mangsa di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan, seorang lelaki dipercayai kenalan mangsa telah dilihat memasuki rumah itu kira-kira 9 pagi", kata Ghuzlan.

Beliau berkata para jiran turut memberitahu polis, mereka mendengar mangsa bertengkar dengan lelaki tersebut dan percaya berlaku pergelutan antara keduaduanya menyebabkan mereka bertindak menelefon polis.

"Sementara menunggu kehadiran polis, beberapa jiran dikatakan telah masuk ke rumah tersebut dan menemui mangsa yang luka parah dalam keadaan tergolek dan tidak sedarkan diri.

"Mereka kemudian membawa mangsa ke Hospital Kulim dan difahamkan mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital tersebut," kata Ghuzlan.

Beliau berkata mangsa didapati ditikam dengan benda tajam di leher dan perut. Polis kemudiannya menemui seorang lelaki dalam keadaan terlentang di ruang rehat rumah itu, katanya.

Ghuzlan berkata lelaki berumur 26 tahun itu yang turut cedera dan menjalani rawatan di Hospital Kulim telah ditahan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain