suria

Ops Lejang: Tiga parti ditahan naiki motosikal curi

ALOR SETAR: Polis telah menahan tiga pendatang tanpa izin (PATI) dalam operasi mencegah jenayah kerana disyaki menunggang dua buah motosikal curi di Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Abdul Ghafar Rajab hari ini berkata tiga PATI itu ditahan pada pukul 11 malam dalam 'Ops Lejang Bersepadu' yang disertai oleh 35 anggota termasuk lima pegawai.

Katanya selepas pemeriksaan, ketiga-tiga PATI yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan percayai bekerja sebagai buruh binaan di sini.

Katanya dalam operasi itu sebanyak 93 saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan dan 37 buah motosikal ditahan untuk pemeriksaan lanjut. BERNAMA

Artikel Lain