suria

Anggota PGA ditemui mati dengan kesan tembakan

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemui mati dengan kesan tembakan di sebuah pos kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kwan Chu dekat sini hari ini.

Mayat L/Kpl Ngah Nordin Abu, 49, yang berasal dari Perak ditemui rakan setugasnya berlumuran darah dalam keadaan terlentang di lantai pos kawalan itu pada pukul 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Che Man Md Dros berkata anggota Batalion 3 PGA yang berpangkalan di Bidor, Perak itu baru tiba di tempat tugasannya semalam dan semasa kejadian, beliau berseorangan di pos itu.

Katanya mayat Ngah sudah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat dan menurutnya sementara menunggu keputusan bedah siasat, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beliau berkata turut ditemui di sebelah mayat Ngah ialah senjata api jenis M16, namun menurutnya sehingga ini masih belum dapat sekiranya tembakan itu berpunca daripada senjata berkenaan. BERNAMA

Artikel Lain