Lima kanak-kanak warga Afghanistan antara 36 warga asing ditahan - Semasa | mStar

Lima kanak-kanak warga Afghanistan antara 36 warga asing ditahan

PELABUHAN KLANG: Lima kanak-kanak warganegara Afghanistan merupakan antara 36 warga asing dan pendatang asing tanpa izin yang ditahan Pasukan Gerakan Marin (PGM) dalam operasi khas kira-kira 3.40 pagi di perairan Kuala Langat dekat sini, Sabtu lepas.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Polis Diraja Malaysia (PDRM) Wilayah Satu, Deputi Supritendan Marzuki Ismail berkata bertindak atas maklumat, PGM menahan kanakkanak berkenaan bersamasama 28 warga asing dari Iraq, Pakistan dan Afghanistan, tiga pendatang tanpa izin warga Indonesia dan seorang tekong warga Indonesia setelah didapati cuba keluar dari negara ini secara haram dengan menaiki sebuah bot.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 16 rakyat Afghanistan iaitu sembilan lelaki dan dua wanita, empat kanak-kanak lelaki dan seorang kanakkanak perempuan, 14 lelaki Pakistan, tiga lelaki Iraq selain dua lelaki dan seorang wanita Indonesia.

"Ini merupakan kes pertama melibatkan rakyat tiga negara terbabit (Afghanistan, Pakistan dan Iraq). Kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun sementara kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun.

"Ketika ditemui, baju mereka dipenuhi dengan lumpur kerana dipercayai meredah paya bakau untuk mendapatkan bot yang boleh membawa mereka ke Indonesia secara haram," katanya dalam sidang media di Pangkalan Marin Pulau Indah, di sini hari ini.

Marzuki berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua warga asing dari Iraq, Afghanistan dan Pakistan itu memiliki pasport perjalanan yang sah sementara tiga rakyat Indonesia terbabit tidak memiliki dokumen berkenaan.

Beliau berkata kesemua warga asing itu ditahan kerana kesalahan masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak dibenarkan atau jalan yang tidak diwartakan mengikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/1963 manakala tekong berusia 45 tahun itu ditahan kerana melanggar Seksyen 56 (1) (D) akta yang sama iaitu sengaja memberi perlindungan kepada warga asing dan pendatang tanpa izin terbabit.

Dalam kes berasingan, Marzuki berkata PGM berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 8,000 bungkus rokok bernilai kira-kira RM100,000 di Sungai Kurau di sini, kira-kira pukul 8.40 malam, 24 April lepas.

Beliau berkata hasil maklumat risikan, pihaknya berjaya menemui sebuah sampan yang menuju ke Sungai Kurau dan ketika diarahkan untuk berhenti, sampan itu enggan berbuat demikian.

"Setelah menghampiri kawasan pantai, tekongnya bertindak terjun ke laut sebelum melarikan diri ke kawasan paya bakau berhampiran dan hasil pemeriksaan kita menemui kesemua rokok itu di dalam sampan berkenaan dipercayai dibawa dari Langkawi bagi mengelak dikenakan cukai," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain