suria

Polis rampas 30 ketul ganja

KULIM: Polis merampas 30 ketul ganja seberat 31.60 kilogram bernilai RM80,000 dari seorang bekas kakitangan kerajaan di Taman Seroja di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh berkata polis menemui ketulketul ganja tersebut dari kereta lelaki berkenaan.

Rampasan tersebut merupakan yang terbesar setakat ini tahun ini di Kulim, katanya kepada pemberita.

Beliau berkata lelaki tersebut yang berumur 42 tahun mempunyai rekod air kencing positif dadah dan kini ditahan reman sehingga 27 April.

Polis juga sedang menyiasat sama ada kereta tersebut merupakan kereta curi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain