suria

UPP rampas 6,440 unit DVD cetak rompak

KANGAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas sebanyak 6,440 unit DVD disyaki cetak rompak selepas melakukan pemantauan di sebuah premis di Taman Perlis dekat sini awal hari ini.

Komander UPP kawasan Chuping, ASP Md Fawzie Aris berkata, rampasan itu dilakukan pukul 6.45 pagi selepas mengintip kawasan itu selama sejam. Katanya, berdasarkan maklumat orang ramai, pasukannya menemui enam kotak mengandungi 6,440 unit DVD pelbagai tajuk disyaki cetak rompak di hadapan sebuah premis di situ.

Rampasan itu bernilai RM32,200, dilakukan setelah tiada pihak yang mengambil DVD itu.

Md Fawzie berkata, hasil rampasan telah diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kangar.

Md Fawzie berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki yang berada berhampiran kawasan itu, tetapi siasatan mendapati lelaki itu tiada kaitan dengan DVD itu.

Lelaki berusia 29 tahun itu bagaimanapun ditahan dan diserah kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kangar kerana memilik tiga bungkus plastik kecil dipercayai berisi syabu, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain