suria

SC dakwa dua pengarah syarikat beri kenyataan mengelirukan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mendakwa di mahkamah dua pengarah syarikat kerana dengan sengaja memberi kuasa peruntukan kenyataan mengelirukan oleh MEMS Technology Berhad (MEMs) kepada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa).

MEMS tersenarai di pasaran MESDAQ Bursa Malaysia.

Ooi Boon Leong, pemegang saham utama dan pengarah MEMS didakwa bersama dengan Ronnie Tan Yeow Teck, keduadua 48, yang pada masa itu pengarah eksekutif dan ketua pegawai kewangan syarikat tersebut.

"Kenyataan mengelirukan itu berkaitan dengan pendapatan dilapor MEMS berjumlah RM73.416 juta yang dinyatakan dalam Penyata Pendapatan Disatu Ringkas tidak diauditnya bagi tempoh 12 bulan yang berakhir pada 31 Julai, 2007," kata SC dalam satu kenyataan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain