suria

Anwar ucap Tahun Baru kepada masyarakat Tamil

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada masyarakat Tamil di Malaysia yang menyambutnya hari ini.

"Saya dan Azizah pastinya berkongsi kegembiraan dan mendoakan agar ikatan kekeluargaan yang terjalin senantiasa kekal dalam kebahagiaan.

"Buat rakyat Malaysia berketurunan Tamil yang meraikannya, saya ucapkan Iniya Tamizh Puthaandu Nalvazhthukkal!" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Anwar dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail masing-masing merupakan Penasihat dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Artikel Lain