suria

Guan Eng lantik Penasihat Khas baru

PULAU PINANG: Ketua Pulau Pinang Lim Guan Eng melantik bekas ahli perbankan Julian Candiah sebagai Penasihat Khas beliau.

Semasa mengumumkan perkara itu, Lim berkata Candiah juga dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar I Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dengan kedua-dua jawatan berkuatkuasa hari ini.

"Pelantikan Candiah adalah bagi membantu negeri ini membangunkan inisiatifinisiatif utama ekonomi memandangkan ia telah dikenalpasti sebagai enjin pertumbuhan ekonomi masa depan negeri ini," katanya kepada wartawan selepas mesyuarat Exco negeri di sini hari ini.

Beliau berkata Candiah, 41, bersetuju untuk membantu usahausaha pembangunan industri negeri sebagai sebahagian "khidmat negara" beliau.

Lim berkata walaupun pelantikan itu bukan untuk suatu tempoh yang lama, ia tentunya akan memulihkan semula industri pembuatan yang merosot di Pulau Pinang.

Candiah yang dilahirkan di Bukit Mertajam, kali terakhir memegang jawatan di Siangapura sebagai pengarah dan ketua bahagian perniagaan hutang pelanggan bank pelaburan Merrill Lynch Amerika Syarikat bagi Malaysia dan Thailand.

Sebelum ini, Candiah berkhidmat dengan BNP Paribas Singapura selama enam tahun.

Lim berkata kerajaan negeri mahu memberi tumpuan kepada sektor industri utama seperti infrastruktur, teknologi tinggi, bioteknologi, sains perubatan, modal teroka, hab halal dan pelancongan bagi mengubah Pulau Pinang sebagai "bandar raya antarabangsa yang berdaya saing di dunia berdasarkan kepada kecemerlangan dan ekonomi berasaskan pengetahuan."

"Kerajaan negeri akan mendapatkan kerjasama beberapa rakan teknologi dan modal intelek di Malaysia dan di peringkat antarabangsa, khususnya China dan Timur Tengah untuk menerokai pelbagai projek dalam bidang industri utama," katanya. BERNAMA

Artikel Lain