suria

Kanak-kanak maut digilis lori milik bapa

TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak terbunuh selepas digilis lori milik bapanya yang dipandu seorang pekerja di sebuah tapak semaian bunga di Jalan Padang Tembak di sini semalam.

Kanak-kanak lelaki itu, Au Zhong Wei, 2, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

"Kejadian berlaku pada 10 pagi selepas pekerja berkenaan selesai menurunkan tanah dari lori, lalu terus memandu tanpa menyedari mangsa berada di bawah lori berkenaan, kata Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang.

Goh berkata pemandu lori berusia 19 tahun itu tidak memiliki lesen memandu dan dia kini ditahan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain