"Jangan ganggu saya" - Abdullah - Semasa | mStar

"Jangan ganggu saya" - Abdullah

MESEJ... Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelihatan riang ketika berada di PWTC untuk menyampaikan amanat Majlis Presiden petang semalam. Turut kelihatan Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
MESEJ... Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelihatan riang ketika berada di PWTC untuk menyampaikan amanat Majlis Presiden petang semalam. Turut kelihatan Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: "Jangan ganggu saya." Demikian kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika ditanya mengenai desakan beberapa pihak yang mahukan beliau mengumumkan tarikh peralihan kuasa.

Presiden Umno berkata: "Yang nak kacau ni pasal apa. Saya tahu apa yang saya buat dan saya buat apa yang saya buat. Jangan ganggu saya."

Abdullah ditemui wartawan selepas beliau menyampaikan amanat pada sesi Majlis Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno.

Beliau yang menerajui Umno sejak Oktober 2003 tidak mempertahankan jawatannya kali ini.

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menggantikan beliau sebagai Presiden Umno.

Susulan peralihan kepimpinan Umno beliau dijangka menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib dipercayai awal April.

Ditanya sama ada beliau sedih memandangkan ini kali terakhir beliau menyampaikan taklimat presiden, Abdullah menafikan perkara itu.

Sebaliknya kata Abdullah, beliau berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan perwakilan.

"Saya tidak tahu. Saya tidak ingat tentang itu.

"Saya hanya gembira seperti biasa kerana dapat bercakap dengan mereka.

"Ia bukan satu masalah kerana saya bukan seorang yang sentimental," katanya.

Perdana Menteri semasa ditanya sama ada isu peralihan kuasa kepada Najib turut disentuh di dalam amanatnya, berkata beliau, tidak menyentuh isu itu.

"Saya tidak menyentuh tentang isu peralihan kuasa itu kerana semua perwakilan telah pun mengetahuinya dan memahaminya," kata Abdullah.

Mengenai ada cubaan anggota Umno barubaru ini untuk menghalang parti itu daripada mengadakan perhimpunan agung, beliau menegaskan bahawa cubaan itu tidak akan berhasil.

"It is impossible, never happen," katanya sambil menambah, Najib akan memimpin Umno selepas jawatannya sebagai presiden parti itu disahkan oleh para perwakilan kelak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain