suria

Bekas Pengurus MIH dihukum denda dan penjara kerana menipu.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman denda dan penjara ke atas Ashari Rahmat, bekas pengurus operasi Malaysian Issuing House (MIH), kerana terlibat dalam penipuan membabitkan UPA Corp Bhd.

Ashari terlibat dalam skim menukar permohonan saham UPA yang berjaya dengan yang gagal, menerusi proses pengundian. Kesalahan itu dilakukan antara 15 dan 16 Feb, 1997.

Dia dihukum penjara tiga tahun dan denda RM1 juta, kata Suruhanjaya Sekuriti (SC) di sini hari ini.

Mahkamah juga bersetuju menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menetapkan 16 April sebagai tarikh sebutan bagi menentukan jaminan.

Selain Ashari, SC juga mendakwa tiga individu lain yang terlibat dalam skim itu. Mereka ialah Safiruri Idham, Lee Han Kiong dan Tan Tiam Lay. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain