suria

Lembaga Disiplin minta calon pemilihan Umno waspada

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin memberi amaran kepada calon-calon yang bertanding supaya sentiasa berwaspada kerana pasukan pemantau terus memerhatikan gerak-geri mereka sepanjang proses pemilihan hingga Khamis ini.

"Ini adalah tempoh kritikal sebelum pemilihan... sekiranya ada pemberian wang yang berunsur politik wang, kita boleh ambil tindakan," kata Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Megat Najimuddin Megat Khas hari ini.

Beliau menasihatkan kesemua calon yang bertanding supaya sentiasa berwaspada kerana pasukan pemantau Lembaga Disiplin sentiasa memerhatikan mereka sepanjang masa.

"Ini adalah tempoh kritikal sebelum pemilihan.

"Sekiranya ada pemberian wang yang berunsur politik wang, kita boleh ambil tindakan," katanya.

Nasihat beliau agar semua calon yang bertanding supaya bertindak dengan baik kerana tindakan disiplin juga boleh diambil selepas perhimpunan.

"Bertindaklah dengan baik kerana sekiranya mereka menang apa-apa kedudukan dalam parti dan didapati bersalah, jawatan akan dilucutkan... berwaspadalah," katanya.

Artikel Lain