suria

MIC mahu kerajaan negeri kekalkan nama Little India

PETALING JAYA: MIC Selangor akan merayu kepada Sultan Selangor agar meminta kerajaan negeri itu tidak mengubah nama Little India, Klang yang terkenal sebagai destinasi membel-belah dan pelancongan menjadi Medan Kelana.

Pengerusi MIC Selangor, Datuk G. Palanivel berkata, mengubah nama pusat berkenaan yang terdiri daripada lebih 100 kedai yang dibina sebelum zaman perang atas nama penjenamaan semula kawasan berkenaan tidak akan membawa apa-apa faedah.

Majlis Perbandaran Klang dilaporkan bercadang mengubah nama Little India menjadi Medan Kelana.

Kata beliau, pemilik-pemilik kedai di kawasan berkenaan dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah membelanjakan sejumlah peruntukan untuk mengindahkan kawasan berkenaan, kata beliau yang juga Timbalan Presiden MIC.

"Tengku Kelana merupakan kawasan bersejarah bagi masyarakat India negara ini.

"Tempat ini menjadi sangat popular di kalangan rakyat negara ini dan pelancong asing serta telah dibangunkan sedemikian rupa sejak beberapa tahun lalu.

"Oleh itu perubahan nama atas nama penjenamaan semula tidak akan membawa apa-apa kebaikan," katanya.

Beliau mengulas keluhan pelbagai pihak ekoran tindakan kerajaan tempatan yang mahu mengubah nama Little India menjadi Medan Kelana sebagaimana dilaporkan oleh The Star hari ini.

Artikel Lain