Warga emas ditemui mati terikat di katil - Semasa | mStar

Warga emas ditemui mati terikat di katil

SHAH ALAM: Seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian ditemui mati terbaring dengan tangan terikat di katil di rumahnya di Taman Seri Putra Banting pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Radzi Ishak berkata kematian mangsa yang berumur 70 tahun disedari oleh seorang anak lelakinya yang menjenguknya pada pukul 7.30 pagi tadi.

Mohd Radzi berkata mangsa dipercayai disamun sebelum dibunuh berdasarkan kesan luka pada mulut dan tiga gigi mangsa didapati patah manakala seutas rantai dan sebentuk cincin yang dipakainya hilang.

"Kejadian dipercayai berlaku empat jam sebelum mangsa ditemui terbaring oleh anaknya. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Mohd Radzi tidak mendedahkan identiti mangsa. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain