Perintah injunksi jika pemilihan Umno tidak ditangguh - Semasa | mStar

Perintah injunksi jika pemilihan Umno tidak ditangguh

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Dua ahli Umno hari ini menggesa supaya perhimpunan agung parti itu yang dijadual hujung bulan ini ditunda supaya kes-kes politik wang yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat diselesaikan.

Ketua Cawangan Umno Muar, Datuk Kadar Ninam Shah dan ahli Umno Subang, Datuk Mazlan Harun mahu mendapatkan perintah injuksi mahkamah sekiranya semua kes politik wang gagal diselesaikan sebelum perhimpunan agung.

"Kita menggesa supaya Perhimpunan Agung Umno ditangguh supaya tindakan dapat diambil untuk menyelesaikan laporan yang dikemukakan berhubung politik wang sama ada kepada SPRM atau pun kepada Lembaga Disiplin," kata Mazlan pada sidang media di sini, hari ini.

Mazlan yang juga bekas Exco Pemuda Umno berkata, mereka sedia berhadapan dengan tindakan tata tertib daripada parti berikutan tindakan mereka mahu membawa kes itu ke mahkamah.

"Kalau kita mahu kemukakan ke mahkamah, ia mesti ada asas undang-undang dan kita percaya, kita ada kes prima facie.

"Bagaimanapun, kita belum sampai ke tahap itu lagi.

"Kita menunggu reaksi daripada pimpinan tertinggi Umno. Jadi kita gesa Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil berat perkara ini.

"Bagaimanapun, kita bersedia (menghadapi tindakan)... saya tidak kisah (jika digugurkan keahlian) kerana banyak lagi parti pembangkang yang menunggu tapi saya sayangkan Umno," katanya.

Katanya, gesaan untuk menangguhkan perhimpunan agung itu logik kerana beliau yakin SPRM atau Lembaga Disiplin tidak akan dapat menyelesaikan kira-kira 1,000 aduan yang diterima.

"Saya tidak nampak ia boleh diselesaikan (sebelum 24 Mac) dan kerana itulah kita mahu ia ditangguhkan. Kita mahu Umno dibersihkan dahulu," katanya.

Beliau berkata, tindakannya menggesa perhimpunan agung ditangguh bukan bertujuan untuk menghalang peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sementara itu, Kadar Shah berkata, mereka turut merasa kecewa kerana SPRM yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah tidak mengambil tindakan berhubung laporan mengenai penyalahgunaan kuasa di peringkat tertinggi Umno.

Katanya, beliau dan Mazlan telah membuat laporan mengenai Perdana Menteri dan timbalannya berhubung politik wang dan penyalahgunaan kuasa pada 4 September lalu namun sehingga kini tiada sebarang tindak balas positif berhubung perkara itu.

"Oleh kerana Perdana Menteri telah berjaya menubuhkan SPRM yang diuar-uarkan berkredibiliti dan boleh dipercayai, maka saya ingin laporan itu disiasat segera," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain

Hasrat tunai umrah lebur ditipu 'ustaz'