Soi Lek antara 22 saksi dipanggil beri keterangan isu DVD seks - Semasa | mStar

Soi Lek antara 22 saksi dipanggil beri keterangan isu DVD seks

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek merupakan salah seorang daripada 22 saksi yang telah dipanggil oleh pihak polis berhubung siasatan kes dua laporan dibuat orang awam mendakwa menerima cakera padat digital (DVD) rakaman aksi seks membabitkan bekas Menteri Kesihatan itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, polis tidak dapat memastikan secara tepat identiti pihak yang terlibat dalam rakaman tersebut.

“Pihak polis telah memanggil seramai 22 orang saksi termasuk Dr Chua untuk memberi keterangan berhubung siasatan dalam kes ini,” kata Syed Hamid dalam jawapan bertulis kepada Hee Loy Sian (PKR-PJ Selatan).

Loy dalam soalan bertulisnya kepada Menteri Luar, di Parlimen semalam bertanya mengapa tiada seorang pun didakwa dalam kes melibatkan skandal seks bekas menteri tersebut.

Syed Hamid berkata kertas siasatan telah pun siap dan telah dihantar kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Bagaimanapun, setelah melihat kepada fakta dalam kes ini secara keseluruhan Peguam Cara Negara telah mengambil keputusan untuk menutup kes tersebut pada 28 Ogos tahun lalu,” ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain