suria

MB Johor bidas Ketua Pembangkang,samakan Bumiputera dengan Apartheid

JOHOR BHARU: Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman hari ini menyelar Dr Boo Cheng Hau (DAP-Skudai) yang menyamakan konsep Bumiputera yang diamalkan di negara ini dengan dasar apartheid di Afrika Selatan.

Beliau menyifatkan pendirian Boo yang juga ketua pembangkang itu sebagai melampau dan sempit.

"Kita dapat perhatikan pihak DAP sengaja menggunakan dewan ini untuk membangkitkan perkara tertentu dengan tujuan dapat disebarkan di luar dewan melalui media yang lebih cenderung ke arah mewujudkan sentimen provokasi di kalangan masyarakat," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini.

Terdahulu, Boo menyamakan konsep bumiputera dengan dasar aparthied dengan memberi contoh pelabur bukan bumiputera dalam Dana Johor dikenakan kadar faedah lebih tinggi untuk membuat pinjaman berbanding pelabur bumiputera.

Abdul Ghani berkata tindakan ekstrem pembangkang itu mungkin bertujuan mencetuskan sentimen negatif dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia terhadap kerajaan.

"Saya tidak tahu apa yang Adun Skudai mahukan. Perbuatan ini melampau dan saya harap masyarakat sendiri dapat membuat penilaian," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain