Pilihan raya kecil Batang Ai tidak serentak Bukit Gantang, Bukit Selambau - Semasa | mStar

Pilihan raya kecil Batang Ai tidak serentak Bukit Gantang, Bukit Selambau

PETALING JAYA: Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai akan tetap diadakan tetapi tidak semestinya serentak dengan Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

Ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memerlukan masa untuk membuat persiapan memandangkan Batang Ai terletak di kawasan pedalaman.

Batang Ai merupakan salah satu kerusi dalam Parlimen Lubok Antu, Sarawak.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pilihan raya kecil Batang Ai perlu diadakan kerana ia tidak tertakluk dalam peruntukan yang membolehkan pilihan raya tidak diadakan jika kekosongan wujud dalam tempoh dua tahun mendat semasa DUN berakhir.

"Peruntukan ini (mandat) hanya berkuatkuasa selepas Julai 2009, oleh itu masih ada masa untuk kita memanggil pilihan raya kecil," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Kekosongan kerusi DUN Lubok Antu berlaku ekoran kematian Ahli Dewan undangan Negeri kawasan berkenaan, Datuk Dublin Unting, 55, yang juga Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Beliau meninggal dunia setelah diserang angin ahmar kira-kira pukul 1.25 pagi tadi.

Mendiang yang juga Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak meninggalkan seorang isteri Datin Froline Moriah Dimies Impoi dan tiga orang anak.

Dalam pada itu Setiausaha Agung PRS, Wilfred Nissom, memberitahu BERNAMA beliau melawat Unting malam tadi selepas mengetahui keadaannya semakin tenat.

Jenazah mendiang akan dibawa balik ke kediamannya di Jalan Kampung Stutong petang ini.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, Unting memenangi kawasan yang majoritinya kaum Iban selepas menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Nasional Sarawak (SNAP) dengan majoriti 806 undi dan dilantik menjadi anggota petadbiran kerajaan Sarawak.

Beliau pertama kali memenangi kerusi Batang Ai pada 1991 menerusi tiket Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), yang ketika itu parti pembangkang dalam pertandingan satu lawan satu menentang Mikai Mandau daripada Barisan Nasional (BN).

Dalam pilihan raya negeri yang diadakan pada 1996 dan 2001, beliau mengekalkan kerusi itu menerusi tiket PBDS, yang telah menjadi parti komponen BN, dan kemudiannya menyertai PRS ekoran pembatalan pendaftaran PBDS akibat krisis kepimpinan pada 2004.

Sementara itu, Presiden PRS Datuk Seri Dr James Masing berkata Unting merupakan seorang wakil rakyat yang berdedikasi dan komited untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Sarawak, terutama dari kawasannya.

"Beliau adalah individu yang tidak pernah menyimpan rasa dendam atau hasad dengki terhadap sesiapapun," katanya.

"Bagi pihak parti, saya mengucapkan takziah kepada anggota keluarganya. Jasa dan khidmat beliau kepada parti, kawasan dan negeri ini akan terus dikenang," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PPSMI: Samad Said nafi diperalat pembangkang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain