suria

Dakwaan Karpal: Nik Aziz mahu Anwar jelaskan

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapatkan penjelasan daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh bahawa Anwar tidak layak memimpin Pakatan Rakyat.

"Saya tidak mahu komen dalam perkara itu dan saya mahu tanya sendiri Datuk Seri Anwar apa cerita sebenar," katanya selepas menghadiri majlis Makan Malam Penyayang Sempena Tahun Baru Cina di sini, malam tadi.

Karpal Singh pada sidang akhbar semalam mendesak Anwar meletakkan jawatan sebagai pemimpin Pakatan Rakyat kerana tindakannya mempromosikan budaya lompat parti adalah perbuatan tidak bermoral dan menjejaskan imej Pakatan Rakyat.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata perkara itu perlu diperjelaskan oleh Anwar sendiri.

Mengenai isu lompat parti, beliau berkata perbuatan demikian adalah hina dan bertentangan dengan kehendak pengundi yang mengharapkan calon pilihan mereka menang pada pilihan raya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain