suria

Raja Nazrin lawat keluarga mangsa gua batu runtuh

RAJA Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bersama Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim menyampaikan sumbangan kepada Yip Lin Moy waris kepada Yip Lun Choon, penjaga tokong Perak Tong, yang terkorban akibat runtuhan gua yang terkorban akibat runtuhan gua ketika berkenaan melawat keluarga itu hari ini. --fotoBERNAMA

IPOH: Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim, hari ini berkenan mencemar duli melawat keluarga Yip Lum Choon, yang terkorban dalam runtuhan Gua Batu Kapur Perak Tong, Jalan Kuala Kangsar, di rumah mereka di Taman Tinggi, Silibin di sini.

Dalam pertemuan itu, Raja Nazrin turut bertanyakan persiapan keluarga itu untuk menyambut Tahun Baru Cina selain menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Turut mengiringi baginda dalam lawatan itu ialah Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah dan Datuk Bandar Ipoh, Roshidi Hashim.

Sementara itu, kakak mangsa Yip Kin Moy, 58, menyatakan rasa terkejut dan gembira dengan kehadiran baginda berdua melawat keluarganya.

"Saya seolah-olah tidak percaya apabila anggota polis memaklumkan kepada saya seminggu lalu bahawa Tuanku Raja Muda akan melawat kami di sini.

"Saya berasa terkejut, bagaimanapun berasa amat bertuah dan terharu dengan kehadiran baginda ke kediaman saya," katanya.

Dalam kejadian pada 11 Januari lepas, Lum Choon, 55, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, terbunuh manakala seorang cedera parah apabila sebahagian bumbung gua di tokong berkenaan runtuh secara tiba-tiba.

Enam belas pengunjung yang lain terselamat.

Tokong itu merupakan kawasan yang sering dikunjungi pelancong termasuk dari luar negara kerana keunikan gua dan persekitarannya. BERNAMA

Artikel Lain