suria

Tiga wakil rakyat dituduh sertai perhimpunan haram

EXCO Negeri Selangor, Ronnie Liu yang juga ADUN Pandamaran antara 21 orang yang didakwa di Mahkamah Majistret hari ini kerana terlibat dengan perhimpunan haram dan enggan bersurai selepas diarahkan pada 9 November lalu

PETALING JAYA: Tiga wakil rakyat dan seorang anggota majlis perbandaran adalah antara 21 orang yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan berhimpun secara haram dan mengingkari perintah bersurai.

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kim Wee, 37; Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, 51; Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Kampung Tunku, Lau Weng San, 31; dan Anggota Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Tiew Way Keng, 28, bersama 17 lelaki lain didakwa mengambil bahagian dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang di Laman MBPJ berhadapan bangunan Majlis Bandaran Petaling Jaya, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya antara 9.50 malam dan 10.10 malam 9 Okt 2008 lepas.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa sebagai anggota satu perhimpuan yang menyalahi undang-undang, mengingkari perintah bersurai oleh seorang pegawai polis, Supt Mohamad Sulong, di tempat dan masa yang sama.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 setiap seorang dan menetapkan 10 Mac ini untuk sebutan semula kes. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain