suria

Hishamuddin Rais dibidas politikkan forum Palestin

PULAU PINANG: Umno Pulau Pinang membidas aktivis politik Hishammudin Rais kerana menyalahgunakan forum mengenai keganasan Israel di Palestin yang diadakan di Dewan Sri Pinang di sini Rabu lepas bagi mengutuk kerajaan Barisan Nasional.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim berkata beliau bersama lima lagi rakannya dari Umno bertindak keluar dewan apabila Hishammudin menyamakan kerajaan BN dengan Israel pada forum anjuran negeri itu.

"Dia tuduh kerajaan BN runtuh kuil Hindu dan macam-macam lagi, menyamakan BN seperti Israel. Mana boleh dia kata macam tu," katanya hari ini.

Azhar berkata semua anggota panel forum itu antaranya Ketua Menteri Lim Guan Eng, kedua-dua Timbalan Ketua Menteri, Mohammad Fairus Khairuddin dan Dr P. Ramasamy dan beliau sendiri, hanya menyentuh soal kekejaman rejim Israel terhadap penduduk Palestin.

"Saya ada bercakap dengan Ketua Menteri mengenai perkara itu pada malam itu dan beliau sendiri tidak bersetuju dengan tindakan Hishammudin itu," katanya.

Azhar berkata dalam usaha membantu rakyat Palestin, semua pihak perlu bersatu dan mengetepikan fahaman politik masingmasing.

"Topik forum itu tentang Israel dan Palestin, kenapa perkara penting macam ni pun nak dipolitikkan? Lagipun siapa dia (Hishammudin) nak cakap tentang perkara itu. Dia hanya aktivis politik," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain