Ibu muda dipenjara dua hari kerana mencuri di pasaraya - Semasa | mStar

Ibu muda dipenjara dua hari kerana mencuri di pasaraya

BALIK PULAU: Seorang ibu muda dihukum penjara dua hari dan denda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana kesalahan mencuri di sebuah pasar raya di Bayan Baru di sini pada 2 Januari lepas.

Fariza Mohd Hooron, 23, mengaku salah mencuri 28 jenis barangan keperluan harian, antaranya sebungkus susu Anlene, satu set minyak wangi, sepaket mi segera dan petai yang kesemuanya bernilai RM275.09 pada pukul 1.45 tengah hari, 2 Jan lepas di pasar raya berkenaan.

Dia dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Fariza ketika memohon hukuman ringan di hadapan Majistret Norhayati Johar berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan wang ekoran tidak lagi bekerja kerana kilang tempat dia bekerja ditutup dan hanya suaminya yang menyara keluarga.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Insp Md Saad Hassan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Hadiah RM1 juta untuk tokoh Maal Hijrah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor