suria

Mayat separuh rentung di tempat pembuangan sampah

IPOH: Polis telah mengenal pasti mayat lelaki yang dibakar dan dibalut dengan selimut yang ditemui di kawasan pembuangan sampah berhampiran kawasan Perindustrian IGB Kampung Tawas di sini pada Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ibrahim Abu Bakar berkata mayat mangsa dikenal pasti sebagai Hari Hanan, 25, berasal dari Kampung Tawas dan bekerja sebagai utusan bagi urusan di Jabatan Pengangkutan Jalan di sini.

Berikutan kejadian itu polis telah menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di sini semalam bagi membantu siasatan, katanya.

Ibrahim berkata suspek tersebut yang tidak bekerja direman selama enam hari bermula hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain