suria

Kes fitnah Shafee oleh RPK ditangguh 23 Februari depan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 23 Februari tahun depan untuk mendengar keterangan dua pihak berhubung permohonan oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah tentang jumlah injuksi terhadap editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin.

Shafee memfailkan saman terhadap Raja Petra kerana menyiarkan tiga artikel pada 6, 7 dan 11 Ogos di laman web Malaysia Today yang didakwa memfitnah dirinya.

Pada 13 Ogos, Shafee mendapat injuksi yang memihak kepada dirinya bagi mengarahkan Raja Petra untuk menarik balik semua artikel dan komen tentang artikel tersebut daripada laman web itu dan mendedahkan semua identiti pelawat yang meninggalkan komen dan pesanan tentang artikel itu.

Ini merupakan kali kedua pendengaran keterangan dua pihak itu ditangguhkan. Ia sepatutnya diadakan pada 2 September lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain