Pemilihan Umno Shafie Zahid layak saingi Naib Presiden - Semasa | mStar

Pemilihan Umno Shafie Zahid layak saingi Naib Presiden

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kekal sebagai calon tunggal untuk jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan dan sehingga kini sudah mengumpul 60 pencalonan bagi jawatan itu daripada bahagian-bahagian Umno.

Hari ini beliau menerima 15 lagi pencalonan iaitu daripada Bahagian Gerik, Kuala Langat, Bukit Gantang, Bakri, Ledang, Nibong Tebal, Ipoh Barat, Segambut, Lenggong, Bukit Katil, Alor Gajah, Masjid Tanah, Bandar Tun Razak Kuala Selangor dan Titiwangsa.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menjadi pilihan bahagian-bahagian Umno untuk calon Timbalan Presiden dan hari ini menerima 7 lagi pencalonan daripada semua bahagian yang bermesyuarat, menjadikan jumlah pencalonan yang diterima bagi jawatan itu meningkat kepada 45.

Dua lagi calon jawatan Timbalan Presiden ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib masing- masing memperoleh enam dan lima pencalonan hingga kini.

Had kelayakan pertandingan bagi jawatan Presiden ialah sekurang-kurangnya 58 pencalonan manakala bagi jawatan Timbalan Presiden ialah sekurang-kurangnya 39 pencalonan.

Bagi jawatan Naib Presiden, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kekal mendahului 11 calon lain dengan mengumpul 48 pencalonan sehingga kini, tambahan lapan pencalonan hingga pukul 6 petang tadi.

LAGI LAYAK

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi calon kedua tertinggi daripada segi jumlah pencalonan bagi jawatan Naib Presiden Umno, iaitu 26, diikuti Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (22), Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (17) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar (8).

Mohd Shafie menerima 10 lagi pencalonan, Ahmad Zahid menambah tujuh pencalonan, Mohd Khaled menerima tujuh lagi pencalonan dan Syed Hamid mendapat dua lagi pencalonan.

Turut mendapat dua pencalonan hari Sabtu bagi jawatan Naib Presiden Umno ialah bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, menjadikan jumlah pencalonannya meningkat kepada lima, manakala bekas Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis mendapat satu lagi pencalonan menjadikan jumlahnya tiga.

Calon-calon lain bagi jawatan Naib Presiden ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim yang kekal dengan lima pencalonan, bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4), Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan (2) dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan Tan Sri Annuar Musa (1).

PERGERAKAN WANITA

Penyandang jawatan Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz dan Naibnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil masing-masing menerima 13 lagi pencalonan untuk mempertahankan jawatan masing-masing pada persidangan Wanita Umno bahagian yang berlangsung hari Sabtu.

Kedua-dua calon terbabit menerima pencalonan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua daripada Wanita Umno Bahagian Jasin, Ledang, Bakri, Arau, Bera, Labis, Sekijang, Tapah, Lenggong, Kepong, Kuala Langat, Selayang, Kuala Langat dan Hulu Langat menjadikannya keseluruhan 71 pencalonan.

Bagaimanapun, Shahrizat masih menambah pencalonan bagi jawatan Ketua Wanita sebanyak 17 pencalonan menjadikannya keseluruhan 32 pencalonan.

Bagi jawatan Naib Ketua Wanita pula menyaksikan Ketua Wanita Bahagian Kuala Kangsar Datuk Kamilia Ibrahim menerima 15 lagi pencalonan dengan menjadikannya keseluruhan 24 pencalonan.

Bagi jawatan Naib Ketua Wanita Umno, Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said mengumpul lima pencalonan dan Ketua Wanita Johor Datuk Halimah Mohamed Sadique (dua pencalonan).

Seorang lagi calon baru turut dinamakan hari ini bagi merebut jawatan Naib Ketua Wanita Umno iaitu anggota Exco pergerakan itu Dr Norraesah Mohamad, yang dicalonkan oleh bahagian Marang.

Sehingga hari Sabtu, 103 daripada 191 Wanita Bahagian telah menamatkan persidangannya.

MUKHRIZ MENDAHULUI

Dalam perebutan bagi jawatan Ketua Pemuda Umno, anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir semakin jauh mendahului saingannya Khairy Jamaluddin yang juga Naib Ketua Pemuda Umno apabila setakat ini memperoleh 57 pencalonan daripada 108 bahagian yang telah bermesyuarat sejak 9 Okt.

Jumlah minimum pencalonan untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno ialah 39 manakala bagi jawatan Naib Ketua Pemuda Umno pula 29 pencalonan.

Mukhriz yang juga anggota Exco Pemuda memperoleh pencalonan daripada Pemuda Umno bahagian Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Ipoh Barat, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud, Tuaran, Permatang Pauh, Bagan.

Bahagian yang turut mencalonkan Mukhriz ialah Pokok Sena, Batu Pahat, Padang Serai, Setiawangsa, Simpang Renggam, Kulai, Tebrau, Bakri, Sepanggar, Beaufort, Gombak, Kuala Selangor, Merbok, Bukit Katil, Kuala Kedah, Pendang, Padang Terap, Kepong, Paya Besar, Lenggong, Tanjung Piai, Ranau, Setiu, Pasir Mas, Jerai, Sik, Baling, Titiwangsa, Putrajaya.

Khairy pula memperoleh 29 pencalonan iaitu daripada bahagian Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub, Rompin, Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian, Parit Buntar, Kota Kinabalu, Johor Baharu, Bayan Baru, Keningau, Sepang, Sekijang, Ledang, Rantau Panjang, Batu Gajah, Arau, Bukit Mertajam, Kuala Terengganu dan Bera.

Beliau memerlukan 10 lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno. Beliau diikuti rapat oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang dicalonkan merebut jawatan sama.

Khairy turut mendapat dua pencalonan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda.

Dr Mohd Khir mendapat 23 pencalonan keseluruhannya manakala Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin, sehingga kini hanya mendapat satu pencalonan.

Dr Mohd Khir pula mendapat pencalonan daripada Tumpat, Kapar, Cheras, Taiping, Masjid Tanah, Mersing, Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Nibong Tebal, Kinabatangan, Sungai Siput, Kemaman, Wangsa Maju, Tapah, Gerik, Bukit Gantang, Labis, Dungun, Kuala Krau, Kelana Jaya, Selayang dan Petaling Jaya Selatan.

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda Umno, anggota Parlimen Muar Razali Ibrahim kini memperoleh 49 pencalonan manakala pesaingnya Exco Pemuda Datuk Reezal Merican Naina Merican menerima 41 pencalonan.

Calon lain yang turut tersenarai bagi jawatan Naib Ketua Pemuda ialah Ketua Pemuda Umno bahagian Kota Kinabalu Bahrul Razha Chuprat (tiga pencalonan), ketua Pemuda Umno bahagian Bagan Marzuki Yahaya, Ketua Pemuda Umno Subang Megat Firdaus Megat Junid dan Ketua Pemuda Umno bahagian Kapar Faizal Abdullah, masing-masing memperoleh satu pencalonan.

SAINGAN PUTERI

Bagi pemilihan Puteri Umno, Ketua Penerangan pergerakan itu Datuk Shahaniza Shamsuddin terus mendahului calon untuk jawatan ketua Puteri Umno dengan menerima enam lagi pencalonan hari ini, menjadikan jumlah pencalonannya bertambah kepada 42 berbanding 36 sebelum ini.

Shahaniza mendapat pencalonan daripada Puteri Umno bahagian Kuala Krau, Alor Gajah, Paya Besar, Indera Mahkota, Tambun dan Jerai.

Pencabar terdekat Shahaniza iaitu Naib Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin juga menerima enam lagi pencalonan menjadikan pencalonan beliau meningkat kepada 36 berbanding 30 pada Jumaat.

Rosnah mendapat pencalonan daripada bahagian Beluran, Gerik, Lenggong, Bukit Gantang, Batu Gajah dan Dungun.

Selain itu Setiausaha pergerakan itu Bibi Sharliza Mohd Khalid turut menerima tiga pencalonan hari ini daripada Puteri Umno Bahagian Jasin, Setiu dan Pendang, menjadikan jumlah pencalonan yang diterimanya 16.

Exco Puteri Datin Ismalina Ismail dan Ketua Puteri Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq tidak mendapat sebarang pencalonan hari Sabtu.

Ismalina kini mendapat 18 pencalonan manakala Azlina lima.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai.