suria

Pemilihan kampus Tidak timbul soal proAspirasi atau proSiswa

KUALA LUMPUR: Perwakilan Pelajar sesebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dipilih menerusi pilihan raya kampus hendaklahlah mewakili kepentingan pelajar universiti berkenaan dan tidak seharusnya memperjuangkan agenda sesebuah parti politik.

Justeru, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, tidak timbul soal pelabelan perwakilan sebagai yang pro aspirasi atau pro siswa.

"Perwakilan itu mesti mewakili kepentingan pelajar, bukan manamana parti poltik, perwakilan yang dipilih pelajar itu juga tidak seharusnya memperjuangkan agenda politik sematamata sebaliknya memperjuangkan apa yang disuarakan pelajar, " katanya ketika minta mengulas mengenai pilihan raya kampus yang akan bermula tidak lama lagi.

Idris berkata, pihak kerajaan akan menerima sesiapa sahaja wakil kepada pelajar yang mewakili suara pelajar dan bukan suara pelajar yang mewakili manamana parti politik di negara ini.

"Tiada pro-Aspirasi dan pro-Siswa. Kementerian akan mendengar dan mengiktiraf suara semua perwakilan yang mewakili pelajar dan bukan perwakilan yang mewakili partiparti politik termasuk Umno," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Penuntut Universiti Antarabangsa 2008 di Universiti Malaya di sini hari ini.

Beliau juga mahukan pemimpin pelajar universiti supaya menyumbang tenaga dan idea kepada perkara peringkat global atau antarabangsa daripada hanya memikirkan perkara bersifat tempatan.

Katanya, pemimpin pelajar harus menggunakan paltform perwakilan itu sebagai medan untuk menyertai acara-acara antarabangsa. "Pemimpin pelajar perlu menyokong kepada perkara-perkara keamanan sejagat yang lebih memberi manfaat besar berbanding daripada hanya asyik memikirkan perkara-perkara kecil," katanya.

Justeru, beliau meminta para pelajar IPT lebih berfikir mengenai perkara sejagat daripada hanya berfikir tentang perkara kecil yang tidak memberi sebarang kebaikan kepada mereka.

Seramai 300 pelajar IPT termasuk dari Thailand, Kemboja, Singapura dan Laos menghadiri perhimpunan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Zahidi tewaskan Azmi Khalid

Artikel Lain