suria

Tian Chua dan Dr Hatta didakwa sertai perhimpunan haram Januari lepas

KUALA LUMPUR:Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chua Tian Chan (Tian Chua) dan anggota Parlimen Kuala Krai dari PAS Dr Mohd Hatta Ramli merupakan antara tujuh lagi didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana menyertai satu perhimpunan haram di sekitar kawasan KLCC pada Januari lepas.

Lima yang lain ialah peguam Chong Kok Wei@ Jonson Kok Wei Chong, 37, juruteknik Tan Chee Hooi, 33, anggota biro penerangan PKR Ginie Lim Siew Lin, 27, Mohd Azhar Yaacob, 25, dan bekas tentera Mohamed Nawi, 65. Pada 28 Jan lepas, 35 orang dihadapkan ke mahkamah bagi dua pertuduhan menyertai perhimpunan yang menyalahi undangundang dengan berkumpul di lima tempat berasingan berhampiran Suria KLCC di sini antara pukul 1.30 petang dan 4.30 petang pada 26 Jan lalu.

Bagi tuduhan kedua, mereka didakwa mengingkari arahan Mahkamah Majistret pada 25 Jan lepas yang melarang perhimpunan itu dan menyebabkan kegusaran kepada orang awam yang berkunjung ke kawasan sekitar KLCC.

Pertuduhan pertama mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda atau keduaduanya manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 188 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sebulan atau denda RM400 atau keduaduanya jika sabit kesalahan.

Pada prosiding hari ini, kesemua 40 tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap keduadua pertuduhan itu. Dua lagi tidak hadir di mahkamah.

Tian Chua yang juga anggota Parlimen Batu yang diwakili peguam Lai Chee Hoe, dibenarkan diikat jamin RM1,000 RM1,000 dengan seorang penjamin. Beliau membayar jaminan itu.

Sementara itu pada petangnya, mahkamah membenarkan Hatta, Chong, Tan, Ginie Lim, Mohd Azhar dan Mohamed yang diwakili peguam Gobind Singh Deo, Mohamed Hanipa Maidin dan See Wan Yeow, dilepaskan tanpa dibebaskan setelah peguam bela mereka mempersoalkan mengenai kertas pertuduhan pertama mereka.

Mereka didakwa berkumpulan kurang daripada lima orang pada masa kejadian yang bercanggah dengan Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan seseorang itu boleh diambil tindakan jika berkumpulan lima atau lebih.

Sehubungan itu, Hakim Mohamad Sekeri Mamat memutuskan mereka dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan pertama dan bagi pertuduhan kedua, masingmasing dibenarkan ikat jamin RM500 dengan seorang penjamin. Kesemua mereka membayar ikat jamin itu.

Mahkamah menetapkan 23 hingga 25 Mac depan bagi perbicaraan kes itu.

Terdahulu, pada prosiding sebelah pagi, Hakim Mohamad Sekeri memerintahkan peguam bela mendapatkan penjelasan bagi kegagalan dua tertuduh hadir di mahkamah hari ini daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang merupakan penjamin kedua-dua mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain