suria

Ketua Bahagian MIC bantu pembangkang dipecat

KUALA LUMPUR:Ketua Bahagian MIC Bayan Baru di Pulau Pinang, M. Nganana Sagaran, dipecat daripada parti kerana didapati membantu pembangkang semasa pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata MIC mendapat maklumat bahawa Nganana juga bercadang menyertai pembangkang dan ini tidak dapat diterima oleh MIC.

"Kami tidak terkejut dengan tindaktanduk beliau kerana kami mengesyaki selama ini dia memang membantu pembangkang," katanya kepada Bernama.

Samy Vellu berkata Bahagian Bayan Baru kini dikendalikan oleh pengerusi MIC Pulau Pinang Datuk K.Rajapathy.

Katanya pemecatan itu merupakan satu amaran kepada pemimpin peringkat akar umbi bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang melanggar perlembagaan parti dan membelakangkan kepentingan MIC dan Barisan Nasional. BERNAMA

Artikel Lain