suria

Douglas: Biar SAPP keluar, BN akan terus majukan negara

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan terus memajukan negara walaupun Parti Maju Sabah (SAPP) telah keluar daripada campuran Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Douglas Uggah Embas.

"Bagi BN, kita akan meneruskan, melaksanakan program pembangunan kita. Itu pilihan (mereka (SAPP) jika mereka mahu keluar. Seperti Perdana Menteri kata, BN akan meneruskan program pembangunan kita untuk membawa kemajuan kepada orang ramai," katanya.

Uggah Embas yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Kecemerlangan untuk Undang-undang Biodiversiti (CEBLAW) di Universiti Malaya di sini hari ini.

SAPP keluar daripada campuran BN semalam setelah lebih 13 tahun dalam BN dengan alasan BN telah hilang "Semangat BNnya". BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain