suria

Azan: Bilal Masjid AlEhsan beri keterangan

BAHRUDIN Maskor kanan) ditemani rakannya Mohd Zainal Khamis ketika keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Masjid AlEhsan, Bandar Kinrara, Puchong, hari ini dipanggil bagi memberi keterangan kepada polis berkaitan petisyen berhubung isu azan.

Bahrudin Maskor, 47, yang merupakan bilal masjid tersebut, dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pukul 1.30 petang tadi dan selesai memberi keterangan dua jam kemudian.

Bahrudin yang ditemui berkata beliau dipanggil bagi memberi keterangan berkenaan kandungan petisyen yang dihantar lebih 100 penduduk di kawasan itu beberapa bulan lepas.

"Dalam petisyen tu, penduduk minta supaya azan subuh diperlahankan dan kuliah subuh pada hari Sabtu dan Ahad tidak menggunakan pembesar suara. Kami akur dengan permintaan mereka," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai individu yang mengetuai petisyen tersebut.

"Petisyen itu hanya diterima oleh nazir masjid Bandar Kinrara iaitu Abdul Rahman Nasir. Saya tak tahu apaapa," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain