Pakatan Cuba Menipu Rakyat Di Siang Hari - Muhyiddin - Rencana | mStar

Pakatan Cuba Menipu Rakyat Di Siang Hari - Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menceduk makanan kepada orang ramai pada Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Padang Awam Taman TAS di Kuantan pada Khamis.-Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menceduk makanan kepada orang ramai pada Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Padang Awam Taman TAS di Kuantan pada Khamis.-Foto BERNAMA

KUANTAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakatan Rakyat kini dilihat tidak berhenti-henti 'menipu rakyat di siang hari' menerusi pelbagai janji manis semata-mata mahu menang pada pilihan raya umum, Ahad ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata janji-janji dalam manifesto parti itu diwar-warkan dalam siri kempen mereka tanpa memikirkan kesan ekonomi kepada negara dan rakyat.

Hakikatnya Muhyiddin berkata mereka tidak mampu menunaikan janji mereka sebelum ini walaupun menang di beberapa buah negeri pada PRU 2008.

"Sepintas lalu (manisfesto PR) dilihat elok, tapi mereka menipu rakyat di siang hari," katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Taman Tas, dekat sini, Khamis.

Beliau berkata janji seperti hapuskan tol, kurangkan harga minyak, hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menaikkan gaji minimum sebanyak RM1,200 dan pelbagai lagi, sememangnya enak didengar namun hakikatnya, akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.

"Duit mana mereka hendak gunakan untuk semua itu? Petronas? Kalau ambil semua duit Petronas, akhirnya 'angsa emas' ini takkan bertelur lagi," katanya.

Beliau berkata sejak diberi mandat berterusan lebih 55 tahun lepas, kerajaan BN melaksanakan amanah untuk memastikan Malaysia terus maju, aman dan sejahtera.

"Sebab itulah 5 Mei ini, penentuan masa depan, pangkah parti dengan pertimbangan bijaksana, rasional, tidak beremosi dan jangan digagahi (dipaksa) mana-mana pihak, satu undi penentu masa depan. Kalau salah, gelaplah masa depan.

"Mereka (PR) kata "kita ubah"... Takpayahlah, nak ubah kerana apa? Adakah Malaysia huru-hara? Rakyat miskin tak makan? Kerajaan tak beri peluang pekerjaan?

"Di Malaysia ini tak ada masalah, masalah makan lebih adalah, di Malaysia, banyak restoran 24jam dibuka. Jadi kita jangan terpedaya dengan manifesto mereka, insya-Allah kita akan tunaikan janji kita, simpan manifesto (BN), dan tuntut janji itu nanti," katanya.

Sementara itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob meminta rakyat berfikir secara rasional sebelum membuat pilihan Ahad ini. Beliau berkata PR kini dilihat semakin terdesak sehingga sanggup menabur pelbagai fitnah menghasut orang ramai, dan memburuk-burukkan kerajaan BN.

"Sampai ada slogan 'Mari Bersihkan Malaysia' macamlah Malaysia ini kotor sangat, adakah kita sekarang tak aman tenteram?

"Negara kita masih ada kestabilan politik dan ekonomi dengan terbuktinya Malaysia boleh capai pertumbuhan ekonomi 5.6 peratus tahun lepas," katanya.

Adnan berkata negara kini mempunyai pemimpin berkaliber dan mengapa perlu bertukar kerajaan sekiranya sudah aman tenteram dan makmur dengan rakyat berbilang kaum.

"Tak puas hati memang ada, namun banyak yang baik daripada yang tak baik. Saya harap rakyat juga tidak terpesong hati tetapi sentiasa tetap dengan BarisanNasional," katanya.

Turut hadir ialah calon BN bagi kerusi parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail, calon BN bagi dewan undangan negeri (DUN) kawasan Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, calon BN DUN Lepar, Mohd Shohaimi Jusoh, dan calon BN DUN Pancing Datuk Mohd Zaili Besar.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus